SILAT UNTUK SEMUA

SELAMAT DATANG KE HALAMAN PSSSTNJ,
MARUAH DIJAGA . WARISAN DIPELIHARA

Wednesday, May 25, 2011

AL-FATIHAH

Pada Hari ini tanggal 24hb Mei 2011 , Telah kembalinya ke rahmatullah  seorang pejuang persilatan dalam Waris-waris Seligi Tunggal iaitu Tuan Guru En. Muhammad Arshek Bin Ifi yang merupakan Guru Utama Perguruan Silat Bandangan Asli Singapura, Marilah kita anak-anak seligi serta rakan-rakan seperjuangan dalam persilatan merapatkan tangan membacakan doa agar Rohnya dicucuri Rahmat dan ditempatkan diantara Roh-Roh Orang yang Shalleh oleh  Allah. S.W.T.  Al-Fatihah .. AMIN.

Salam Takziah daripada kami ,
Persatuan Seni Silat Seligi Tunggal Negeri Johor kepada semua waris dan keluarga Almarhum.
Iklas dari Jawatankuasa Pusat PSSSTNJ 

Saturday, May 21, 2011

ALBUM SELIGI TUNGGAL NEGERI JOHOR

Jemputan ke Majlis Perkahwinan di Kalang Singapura , bersama-sama Perguruan Silat Seligi Tunggal Singapura dan Bersama Guru Utama Tuan Guru En.Ramli Bin Alwi dan Guru Kanan Seligi Tunggal Johor iaitu Guru En. Abd. Raof Bin Hj Atan 

Perhimpunan Rakan Wajadiri Kebangsaan Johor di Dataran Badaraya Johor Bahru Anjuran Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 

Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri Bersama-sama beberapa Anak-anak Seligi Tunggal Johor

Jemputan Persembahan pada Majlis Sambutan 1 Muharam oleh Balai Nusantara Johor Bahru
Jemputan Majlis Perkahwinan di Negeri Melaka , Tampin .

Gambar Kenangan bersama sahabat-sahabat  Tuan Guru Kanan Seligi Tunggal Negeri Johor
Guru En. Abd. raof Bin Hj Atan 1978


Pusat Latihan Dewan Masyarakat di Kg Kempas Johor Bahru

Majlis Adat Istiadat dan Penyampaian Watikah Diraja Pahang, Guru Kanan Seligi Tunggal En. Abd. Raof Bin Hj Atan sebelah kiri atas berpayong dan bersongkok sebagai Pembesar Negeri Johor menyambut wakil Sultan pahang ke Johor 

Majlis Peningkatan Bengkong di Gelanggang Pusat Dewan Masyarakat  Kg Kempas Johor Bahru, 


Jemputan mengadakan majlis persembahan di Kg. Benut Pontian Johor


Jemputan Persembahan bagi Majlis Adat Cuci Keris di Balai Nusantara Johor Bahru


Demonstrasi  Rakan Wajadiri Kebangsaan di Johor Bahru


Persembahan Anak-anak tabika Perpaduan Kg. Kempas Johor Bahru


Anak-anak seligi Tunggal Johor menyertai Pertandingan Peringkat Daerah Sekolah-sekolah Zon Pasir Gudang Johor.


Aksi Belajar Anak-anak Seligi di Cawangan Larkin Johor Bahru


Anak-anak seligi mengadakan Persembahan di Majlis Perpisahan Guru di Sekolah St. Jonsep Johor Bahru



Majlis Demonstrasi Silathon Johor di Bandaraya Johor Bahru.anjuran Parlimen Pulai..

Monday, May 16, 2011

ANAK SELIGI TUNGGAL IN ACTION BERSAMA GURU UTAMA DAN GURU KANAN

Karnival Silat UTM 


Murid-murid Lama PSS Seligi Tunggal di Singapura, Tuan Guru En. Abd. Raof  bin Hj Atan  bersama-sama Guru Utama  PSS Seligi Tunggal  iaitu Tuan Guru  En. Ramli Bin Alwi gambar dari Kiri dan kanan di bawah diambil pada Tahun 1978 
Gambar diatas adalah ketika pada Malis Perkahwinan Ahmad Subki  yang kini adalah Guru Muda Silat Seligi Tunggal Angkatan Singapura

Gamabar di atas sebelah Kanan adalah semasa Program Himpunan Silat Kolej Resak UTM skudai Johor, Gambar sebelah kanan atas ketika Majlis Peningkatan Bengkong di Kg Kempas Baru 1996
Gambar bawah sebelah kiri  semasa di jemput Majlis Perkahwinan di Benut Pontian Johor
Gambar Bawah sebelah kiri Majlis peningkatan Benkong  di Kg. Paya, Larkin Johor Bahru


Gambar diatas sebelah kanan dan kiri , semasa program Himpunan Pendekar menerima
 watikah wakil  raja pahang ke Johor.
Gambar dibawah  diambil semasa Majlis peningkatan bengkong dan  Sebelah kiri 
 ketika Majlis Perkahwinan..

GAMBAR-GAMBAR DALAM KENANGAN DAN KOLEKSI 
Gambar-gambar ini di ambil dari zaman 1970an hingga 1990an, ianya manjadi sejarah bagi tatapan anak-anak seligi di Negeri Johor, antaranya pada Majlis Perkahwinan, Persembahan, Demonstrasi dan perhimpunan..di Negeri Johor dan di Singapura..

Wednesday, May 11, 2011

PANTUN SELOKA SELIGI TUNGGAL NEGERI JOHOR

BERMULA  BISMILLAH ASAS GERAKAN;
GERAK BERILHAM TIADA DIUNDANG;
PECAH SELANGKAH BERBUAH LIAN;
TARI GERAK SEIRING PEDANG;


PECAH SELANGKAH BERBUAH LIAN;
TARI GERAK SEIRING PEDANG;
PENCAK ASLI POKOLAN BAWEAN;
SEJARAH GEMILANG KEMBALI DATANG;


PENCAK ASLI POKOLAN BAWEAN;
SEJARAH GEMILANG KEMBALI DATANG;
SELIGI BUKAN POKOLAN MAINAN;
GERAK BERSENDI TANPA DIUNDANG;


SELIGI BUKAN POKOLAN MAINAN;
GERAK BERSENDI TANPA DIUNDANG;
JIWA BERSAKSI DALAM MAINAN;
MATA HATI HENDAKLAH TERANG;


JIWA BERSAKSI DALAM MAINAN;
MATA HATI HENDAKLAH TERANG;
AMAL DIRI MANGADAP TUHAN;
SETIA TAAT AMANAH HARUS DIPEGANG;


AMAL DIRI MENGADAP TUHAN;
SETIA TAAT AMANAH HARUS DIPEGANG;
JALAN HAKIKI JADI KEKUATAN;
KELAK AKIDAH TIDAK BERSIMPANG;


JALAN HAKIKI JADI KEKUATAN ;
KELAK AKIDAH TIDAK BERSIMPANG;
DITELAN MATI DIBUANG JANGAN;
ILMU PENDEKAR BUKAN KEPALANG;


DITELAN MATI DIBUANG JANGAN;
ILMU PENDEKAR BUKAN KEPALANG;
SELIGI TUNGGAL JADI IKATAN;
TANDA IKRAR HARUS BERPEGANG.

JEMPUTAN KE MAJLIS PERKAHWINAN DI HORIZON HILL JOHOR BAHRU 2011


















Persatuan Seni Silat Seligi Tunggal Negeri Johor ( PSSST Negeri Johor Caw. Kg Pok Gelang Patah ) telah menghantar sebahagian kecil anak-anak seligi ke Majlis Jemputan Perkahwinan yang berlangsung di Grand Ballroom, Horizon Hill  Resort & Spa  Johor Bahru Pada April 2011